Pemantauan blog ini telah diperketat. Sesiapa yang melakukan atau membuat cubaan untuk mengubah mana-mana komponen di dalam blog ini boleh didakwa di bawah Akta A588 (COMMUNICATION AND MULTIMEDIA
ACT 1998)

Khamis, 16 Oktober 2008

Persembahan Seni Silat Cekak sempena Hari Terbuka Asrama 2008

Pada 30 Mac yang lalu, PSSCUH MCKK telah menganjurkan Hari Pendekar sempena Hari Terbuka Asrama MCKK 2008.Objektifnya adalah untuk memperkenalkan seni-seni mempertahankan diri dalam negara ini seterusnya menarik minat pelajar untuk menyertai persatuan-persatuan seni mempertahankan diri.

Antara persatuan yang mengambil bahagian ialah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MCKK sendiri dan Persatuan Seni Silat Gayung Warisan MRSM Taiping. Sambutan amat menggalakkan dan semua penonton teruja dan kagum apabila menyaksikan kehebatan dan ketangkasan pesilat-pesilat dari kedua-dua persatuan. Antara persembahan yang ditunjukkan ialah buah tongkat, buah pisau dan buah umum 5 serang 1 oleh PSSCUH MCKK manakala pertunjukan memecah genting oleh PSSGW MRSM Taiping.

Diharap agar acara ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.



Persembahan PSSCUH MCKK



Persembahan Seni Silat Gayung Warisan MRSM Taiping

Persembahan Seni Silat Cekak sempena Malam Silaturrahim MCKK-SM Sayyidina Othman, Brunei Darussalam

Pada 22 Mac yang lalu, MCKK telah menerima lawatan dari SM Sayyidina Othman, Brunei. Pada malam esoknya, iaitu 23 Mac, diadakan Malam Silaturrahim MCKK-SMSO. PSSCUH MCKK telah dijemput untuk mempersembahkan seni mempertahankan diri bangsa Melayu iaitu Silat Cekak.

Persembahan ini dijayakan oleh 12 orang ahli PSSCUH MCKK yang terdiri daripada 5 ahli tamat dan 7 ahli asas. Kontinjen dari Brunei amat kagum akan kehebatan dan ketangkasan seni mempertahankan diri bangsa Melayu yang dipersembahkan oleh PSSCUH MCKK.



Persembahan sempena MCKK-SMSO